Soalan Lazim

Kenapa kita perlu minum banyak air ketika berdiet ?


Apa yang anda sudah tahu: Minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari. Minum lebih banyak adalah lebih baik.

Apa yang anda belum tahu. Kenapa ?

Ini adalah diantara sebab-sebab kenapa anda perlu meminum banyak air ketika berdiet:

Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan atau `fatigue’. Namun yang paling penting lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.

  • Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna.
  • Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan.
  • Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses di dalam se-sel badan.
  • Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.
  • Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang di dalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak.
  • Minumlah banyak air semasa anda berdiet SD2 kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik.

Bolehkah Memakan Kekacang Semasa Berdiet ?


Banyak juga soalan-soalan yang saya dapat berkenaan memakan kacang semasa berdiet SD2. Selalunya saya menasihatkan bahawa fasa yang selamat untuk mula memakan kacang adalah selepas waktu induksi atau selepas 2 minggu pertama ketika berdiet. Apabila melepasi fasa ini, anda boleh menghadiahkan diri anda dengan memakan 30 gram kekacang atau bijian kedalam menu pemakanan anda setiap hari dan perhatikan jika ada perubahan kepada ujian ketostix anda.

Kacang mengandungi protien, lemak dan karbohidrat dan sebahagian besar karbohidrat itu adalah fiber atau serat. Memanglah anda masih perlu mengira berapa jumlah Net Carbs yang anda perlu makan supaya tak melebihi had karbohidrat yang anda boleh makan sehari.

Kebanyakan kacang boleh diterima dan kacang macadamia mengandungi ratio tertinggi antara lemak kepada karbohidrat. Kacang gajus (cahews) dan kacang tanah (peanuts) mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Jadi pilihan yang baik adalah kacang macadamia, almonds, pecans, hazelnut, pine nuts dan walnuts pada waktu permulaan. Boleh juga untuk mencuba biji kuaci dan biji bunga matahari yang menambah kesedapan salads dan sayuran yang dimasak.

Kekacang dan bijian ini juga mengandungi zat makanan yang tinggi. Almonds, biji bunga matahari dan hazelnet adalah kaya dengan Vitamin E. Kacang juga mengandungi banyak zat pemakanan yang lain seperti niacin, vitamin B6, folic asid, magnesium, zink, copper dan pottasium beserta beberapa lagi zat tumbuh-tumbuhan (phyto-chemicals) termasuk bahan-bahan anti-oksida.

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pemakanan kacang dan bijian boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang selalu memakan kacang menghadapi kurang risiko penyakit jantung dari orang yang tidak memakan kacang atau bijian yang mengandungi minyak/lemak. Lemak monounsaturated adalah yang sebenarnya bahan yang menyebabkan kacang ini baik untuk kesihatan kita. Orang yang mengikuti diet yang rendah lemak selalunya menghindari kekacang dalam pemakanan mereka dan ini akan menghadkan diri mereka dari sumber asid lemak omega dan khasiat pemakanan yang lain.

Pastikan anda tidak memakan kacang yang disalut gula atau madu. Apabila memakan kacang, anda haruslah juga berhati-hati kerana seperti kentang goreng atau makanan segera yang lain, anda susah nak berhenti apabila sudah mula memakannya. Oleh itu jangan mengambil kacang dari tin atau kantung yang besar. Jika nak selamat, asingkan dahulu jumlah yang anda boleh makan sehari dan makan sebanyak itu sahaja.

Ini adalah lebihkurang jumlah 30 gram kekacang atau bijian yang anda boleh makan sehari:

* 24 biji almonds

* 18 biji cashews

* 20 biji hazelnuts

* 10-12 biji macadamia saiz sederhana

* 28 biji kacang tanah

* 47 biji kacang pistachios

* 1 sudu besar biji labu/tembikai

* 3 sudu besar biji bungamatahari

Baca dahulu kandungan nutrisi pemakanan kacang yang anda hendak makan, lihat saiz hidangannya dan buatlah sedikit perkiraan untuk memastikan berapa biji yang boleh anda makan sebelum memakannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s